Wednesday, March 4, 2009

PSK – Minggu 9

RANCANGAN PENGAJARAN                      MINGGU KESEMBILAN

Tarikh 

24 Februari 2009

Hari 

Selasa

Matapelajaran 

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Kelas 

4K5

Masa 

7.05 – 8.15 

Tema 

Tema 1 : Pencapaian Kendiri

Tajuk 

1.2 Perkembangan diri yang seimbang.

Hasil Pembelajaran 

PS – menghuraikan pelbagai aspek perkembangan diri yang seimbang.

KS - mengamalkan pelbagai aspek keseimbangan diri.

NS – berterima kasih di atas perkembangan diri yang seimbang.

Aktiviti 

1.) Guru menerangkan tentang keempat-empat aspek keseimbangan dalam setiap diri individu iaitu yang terdiri daripada aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek.

2.) Guru mengadakan sesi soal jawab dengan pelajar mengenai kepentingan setiap aspek untuk mencapai keseimbangan diri masing-masing.

BBB 

Buku teks PSK.

Refleksi 

Para pelajar memahami kepentingan setiap aspek perkembangan diri dan mengetahui cara untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan diri.

RANCANGAN PENGAJARAN                      MINGGU KESEMBILAN

Tarikh

24 Februari 2009

Hari 

Selasa

Matapelajaran 

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Kelas 

4S1, 4S2

Masa 

9.45 – 10.55, 11.30 – 12.40

Tema 

Tema 2 : Hubungan Kekeluargaan

Tajuk 

Kepentingan nilai kekeluargaan kepada masyarakat dan negara.

Hasil Pembelajaran

PS – menghuraikan keperluan berkeluarga dalam aspek sosial, politik dan ekonomi.

KS – berusaha mengukuhkan institusi kekeluargaan.

NS - menghargai nilai kekeluargaan.

Aktiviti 

1.) Guru membahagikan para pelajar kepada 7 kumpulan untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan nilai kekeluargaan.

2.) Guru menerangkan isu-isu kekeluargaan kepada 7 kumpulan tersebut.

BBB 

Buku teks 

Refleksi 

Para pelajar boleh memberikan kerjasama yang baik di kalangan ahli kumpulan. Pelajar turut memberikan buah fikiran yang bagus untuk menjawab isu-isu yang diberikan oleh guru.

RANCANGAN PENGAJARAN                      MINGGU KESEMBILAN

Tarikh 

25 Februari 2009

Hari 

Rabu

Matapelajaran 

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Kelas 

4S3, 4S5

Masa 

7.05 – 8.15, 11.30 – 12.40

Tema 

Tema 3.1 : Kepekaan dan Tindakan terhadap Isu dan Masalah Sosial dalam Masyarakat.

Tajuk 

Gejala sosial yang berlaku di kalangan remaja.

Hasil Pembelajaran 

PS – menjelaskan isu dan masalah sosial yang sering berlaku dalam masyarakat sekarang.

KS – mengambil tindakan yang wajar untuk menangani isu dan masalah sosial ini.

NS – peka terhadap isu sosial.

Aktiviti 

1.)Guru membahagikan para pelajar kepada beberapa kumpulan untuk mengadakan sesi perbincangan secara berkumpulan.

2.)Guru memberikan tajuk yang berkaitan dengan gejala-gejala sosial kepada setiap kumpulan.

3.)Guru meminta setiap kumpulan untuk membuat gambar rajah atau peta minda berkaitan dengan tajuk yang diberi mengikut kreativiti masing-masing iaitu cara mengatasi gejala-gejala sosial dan cara mengatasi maasalah tersebut.

BBB 

Buku teks 

Refleksi 

Pelajar dapat memberikan idea masing-masing dan menghasilkan peta minda yang menarik berkaitan dengan tajuk masing-masing.

RANCANGAN PENGAJARAN                      MINGGU KESEMBILAN

Tarikh 

26 Februari 2009

Hari 

Khamis

Matapelajaran 

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Kelas 

4K8

Masa 

7.05 – 8.15

Tema 

Tema 3 : Hidup Bermasyarakat

Tajuk 

3.2 Peraturan dan Undang-undang dalam masyarakat.

Hasil Pembelajaran 

PS – menjelaskan peraturan dan undang-undang yang wujud dalam masyarakat dan negara Malaysia.

KS – mengetahui tentang undang-undang dan peraturan yang wujud dan senantiasa mematuhinya.

NS – menghormati dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Aktiviti 

1.)Pelajar dikehendaki berbincang dan mengadakan aktiviti dalam kumpulan.

2.)Guru mengkehendaki setiap kumpulan untuk melukis papan tanda amaran yang boleh digunakan untuk memaklumkan kepada masyarakat tentang sesuatu peraturan.

BBB 

Buku teks

Refleksi 

Pelajar dapat menghasilkan papan tanda larangan yang menarik serta memberikan kerjasama yang baik dalam kumpulan.

RANCANGAN PENGAJARAN                      MINGGU KESEMBILAN

Tarikh 

26 Februari 2009

Hari 

Khamis

Matapelajaran

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Kelas 

4MPV

Masa 

9.45 – 10.55

Tema 

Tema 2 : Hubungan Kekeluargaan

Tajuk 

Kepentingan keluarga dari aspek sosial, politik dan ekonomi.

Hasil Pembelajaran 

PS – menghuraikan keperluan berkeluarga dalam aspek sosial, politik dan ekonomi.

KS – berusaha mengukuhkan institusi kekeluargaan.

NS - menghargai nilai kekeluargaan.

Aktiviti 

1.) Guru membahagikan para pelajar kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan nilai kekeluargaan.

2.) Guru menerangkan isu-isu kekeluargaan kepada kumpulan tersebut.

BBB 

Buku teks 

Refleksi 

Para pelajar bekerjasama dengan baik dengan ahli kumpulan. Pelajar turut memberikan idea-idea yang bernas untuk menjawab isu-isu yang diberikan oleh guru.


 

No comments:

Post a Comment